Monday, August 2, 2010

Pasir Salak 1 Ogos 2010 - Kira-kira 30 isu penyelewengan di dalam Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra) yang dibentangkan hari ini yang cuba disembunyikan oleh pengurusan Felcra daripada diketahui warga Felcra, sekaligus menafikan hak kamu sebagai peserta Felcra, demikian kata bekas Menteri Besar Pakatan, Datuk Seri Nizar Jamaluddin.

Nizar yang juga merupakan Ahli Parlimen Bukit Gantang berkata  semasa kerajaan Pas mengambil-alih Kelantan daripada Umno-BN dahulu, Felcra telah dipastikan membayar kerajaan negeri RM11 juta untuk penggunaan tanah negeri Kelantan di mana sebelum itu Felcra tidak pernah membayar untuk menggunakan tanah negeri.

"Wang itu merupakan hak rakyat Kelantan yang telah dinafikan oleh Felcra dan Umno-BN. Penempatan Felcra terbesar adalah di Perak dengan kira-kira 26 ribu peserta, dan dianggarkan royalti yang patut dibayar kira-kira RM40 juta!

Di mana wang tersebut kini? Inilah yang kita cuba dapatkan sebelum kerajaan Perak dirampas dengan permainan kotor Umno-BN, takut kesemua perbuatan jijik mereka didedahkan!," kata Nizar lagi.

Beliau turut mendedahkan tindakan Pengerusi Felcra, Datuk Haji Tajudin Bin Abdul Rahman mengadakan majlis perkahwinan anak perempuannya di hotel Mandarin Oriental, yang terletak bersebelahan Menara Berkembar Kuala Lumpur.

"Tajuddin menjemput semua ahli parlimen ke majlis tersebut dan dianggarkan RM500 ribu hangus pada malam itu. Saya ingin bertanya, mana dia dapat wang sebanyak itu? terangkan kepada warga Felcra. Selagi Umno-BN dibiarkan menguruskan negara, akan hancur Malaysia nanti," tegas beliau.

Sehubungan itu, Persatuan Anak-anak Felda Kebangsaan telah melancarkan risalah 'Felda Bangkrap' bertujuan untuk mendedahkan penyelewengan dan salah urus yang berlaku di dalam pengurusan Felda kepada warga Felda diseluruh negara. Risalah yang dicetak sebanyak 200 ribu keping akan diedarkan mulai hari ini melalui cawangan-cawangan ANAK di seluruh negara.

Dalam perkembangan berkaitan beliau turut mempersoalkan  tindakan Felcra menganjurkan Majlis Tilawah Al-Quran bersebelahan dengan tapak Himpunan Warga Felcra Peringkat Kebangsaan Kali pertama anjuran Parti Islam SeMalaysia Perak.

Tambah beliau, tindakan pengurusan Felcra menggunakan alasan majlis tersebut bagi memesongkan perhatian warga Felcra jelas menunjukkan Felcra mahu menyembunyikan fakta bahawa wujudnya salah urus yang serius.

PERBANDINGAN PENDAPATAN PURATA FELDA, SIME DARBY DAN IOI GROUP?

PASIR SALAK 1 Ogos - Kerajaan Umno/BN kerap menyembunyikan fakta sebenar dan mengelirukan rakyat untuk menutup sebarang kepincangan serta salah urus dalam pemerintahan mereka

Yang Dipertua Parti Islam SeMalaysia (PAS) Lenggong, Haji Razman Haji Zakaria berkata, salah urus Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) yang menyaksikan pendapatan lembaga terbabit jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan syarikat pengusaha ladang kelapa sawit lain di Malaysia adalah salah satu contoh Umno/BN cuba menyembunyikan kebenaran dari rakyat.

Berucap kepada hadirin Himpunan Warga Felcra di Felcra Bandar Seberang Perak pagi tadi, Razman telah mengemukakan perbandingan antara Felda dan beberapa syarikat seperti Sime Darby dan IOI Group.

"Pendapatan purata sehektar Felda ialah RM1,200 sebulan, tetapi Sime Darby mampu mendapat RM3,380 sebulan per hektar. IOI Group pula sebanyak RM10,558 sebulan per hektar.

Ini bermaksud pendapatan sehari sehektar Felda hanya RM40! Dan saya rasa pendapatan sehari sehektar di Felcra lebih rendah dari itu. Apa yang terjadi dengan pengurusan Felda sehinggakan perbezaan pendapatan amat jauh dibandingkan dengan Sime Darby atau IOI Group yang tidak mempunyai ladang atau aset seperti Felda," jelasnya lagi

Beliau menambah, kalau pengurusan Felda cekap dan mengambil tanggungjawab terhadap kerja dan nasib warga Felda tanpa mementingkan poket mereka sendiri, sudah tentu Felda mampu menjana pendapatan lebih banyak lagi.

Kata beliau, warga Felcra patut ketengahkan isu yang sama kepada pengurusan Felcra kerana itu merupakan hak peneroka Felcra mengetahui apa pendapatan Felcra agar dapat membuat perbandingan dan mengetahui samada terdapat juga kepincangan di dalam pengurusan Felcra.

"Kita orang Melayu cepat hilang semangat dalam hal-hal menuntut keadilan sebegini. Sebagai contoh, jika seorang anak Melayu mati di dalam lokap, kita hanya katakan 'nak buat macam mana? dah mati dah'.

Kalau seorang anak Cina mati dalam lokap, bergemuruh masyarakat Cina tanpa mengira asal-usul keluar menuntut keadilan. Kenapa kita tidak begitu? Inilah yang perlu kita ubah jika mahukan masa hapadan yang lebih baik untuk generasi akan datang," tegas Razman.

Mengulas perlantikan Datuk Ahmad Bakke ke dalam Sime Darby Group, beliau mendakwa Bakke mempunyai sejarah di mana setiap syarikat yang diterajuinya pasti menjunam jatuh.

"Dulu Bakke di Felcra, pendapatan terus jatuh. Dipindahkan ke Felda, yang itu kita semua tahu apa yang telah terjadi. Sekarang Bakke pindah ke Sime Darby yang sememangnya sudah hampir muflis. Tak tahulah apa akan terjadi selepas Bakke penerajuinya," kata beliau.

Tindakan polis menyekat kedatangan orang ramai semalam mencerminkan langkah dan fahaman Umno-BN yang tidak mahu kita faham apa yang sebenarnya berlaku di dalam pentadbiran negara, negeri dan syarikat berkait kerajaan (GLC) yang dibawah kawalan kroni mereka," kata beliau lagi.

Menurutnya, memang kerja Umno-BN bagi orang tak faham, jika orang ramai faham Umno-BN tak akan dapat menang pilihanraya dan apa yang Pakatan  mahu ialah mendedahkan penyelewengan ini agar rakyat kita tahu dan faham sejauh mana meeka telah dipergunakan.

ISU KEPINCANGAN FELCRA JAUH LEBIH BURUK BERBANDING DENGAN FELDA!

Pasir Salak 1 Ogos 2010- Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra) didakwa banyak melakukan salah urus dan penyelewengan membabitkan berbilion ringgit.

Penyelewengan berkenaan didedahkan oleh Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah Parti Islam Se-Malaysia Pusat, Mazlan Aliman di majlis Himpunan Warga Felcra di sini. 

Di dalam himpunan berkenaan beliau turut  mendakwa isu kepincangan di dalam Felcra jauh lebih buruk dibandingkan dengan pendedahan di dalam Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda).

Mazlan telah  mengemukakan sebanyak 24 isu penyelewengan Felcra kepada hadirin di himpunan berkenaan yang telah dikenalpasti melalui penyiasatan sendiri bersama aduan warga Felcra yang melibatkan berbillion ringgit.

"Tidak lama dahulu kita menerima sebuah rombongan daripada Sabah dan sarawak yang datang memberikan aduan kepada kami. Daripada apa yang diceritakan kita dapati masalah tanah di Sabah dan Sarawak jauh lebih dashyat daripada apa yang berlaku di Semenanjung.

"Masalah utama di sabah dan sarawak adalah kerana tanah adat. Berpuluh tahun masyarakat pribumi Sabah dan sarawak bercucuk tanam dan tinggal di tanah berkenaan, kerajaan bertindak menggunakan agensi kerajaan untuk memusnahkan tanaman, membakar rumah kediaman semata-mata mahu mereka keluar daripada tanah tersebut," jelas beliau.

Menurutnya lagi, beliau dan warga Sabah serta Sarawak telah ke Parlimen berjumpa para pemimpin Umno-BN dan Pakatan Rakyat, termasuk Speaker Dewan Rakyat bagi memberitahu mereka keadaan daif yang terpaksa dihadapi oleh masyarakat di sana.

Beliau menambah, umumnya kini hangat diperkatakan Umno-BN mahu Umno dan PAS bersatu bagi menjamin masa depan masyarakat Melayu di Malaysia dan menyelamatkan mereka daripada kaum Cina.

Tetapi, tambah beliau lagi masalah utama disini, Felda dan Felcra bukannya dipimpin oleh Cina, pemimpin kedua-duanya adalah Melayu. Mereka inilah yang menjadi penyamun tarbus melingkupkan mas depan masyarakat Melayu, bukannya Cina.

"Yang menjadi pengkhianat, melingkupkan masyarakat Melayu adalah pemimpin Melayu Umno-BN itu sendiri," tegas Mazlan lagi.